Sunday 8 February 2009

All kinds of cream

As a reminder to myself, I've cut n pasted this from http://mamafami.fotopages.com/?entry=1101359 (thank you MamaFami, ni amik sebab fridge dah penuh sangat dengan reminders, huhu...tu tempek kat sini :P)

WHIPPED/LIGHT/HEAVY/FRESH/DOUBLE CREAM

Double cream sama dengan whipping cream. Jika resepi perlukan heavy cream, anda boleh gunakan samada double/whipping cream. Cream jenis ini boleh diputar kelajuan rendah hingga kental dan disapu pada kek (Fresh Cream Cakes). Saya gemar menggunakan Non-dairy Whipping Cream kerana ia lebih mudah kental berbanding dengan whipping cream hasil tenusu. Single cream serupa dengan light cream. Ia tidak boleh kental bila dipukul. Ia lebih pekat daripada susu cair dan lebih cair daripada double/whipping cream. Gunakan double cream untuk ice-cream dan semi-freddo kerana ia akan melemakkan lagi sajian tersebut. Manakala single cream untuk isian tat atau sos pasta. Namun ini terpulang pada individu. Jika anda mahukan sajian lebih lemak, boleh juga gunakan double cream.

No comments: